2009/02/20


Ya Allah jika aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada seseorang

yang melabuhkan cintanya padaMu,

agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...


Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,

izinkanlah aku menyentuh hati

seseorang yang hatinya bertaut padaMu.

agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...


Ya Rabbana jika aku jatuh hati,

jagalah hatiku padanya

agar tidak berpaling daripada hatimu...


Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,

rindukanlah aku pada seseorang

yang merindui syahid di jalanMu...


Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,

jganlah kenikmatan itu

melebihi kenikmatan indahnya bermunajat

di sepertiga malam terakhirmu..


Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,

jgn biarkan aku

tertatih dan terjatuh dalam perjalanan

panjang menyeru manusia kepadamu..


Ya Allah,

jika Kau halalkan aku merindui kekasihMU,

jgn biarkan aku melampaui batas

sehingga melupakan aku pada cinta hakiki

& rindu abadi hanya kepadaMU..


AMIN...............



Doaku moga kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat...
Berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran..

Yang sememangnya menguji kekuatan iman...
Kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang
Semoga cinta yang dicari telah ditemui
Semoga Allah meletakkan kita di bawah payung rahmat kasihnya....
INSYALLAH